Profil
Tentang Blog. Ruang penulis berkongsi perihal peribadi, perasaan, kerjaya dan ilmu dalam apa jua bidang yang diminati penulis. Disini juga penulis dapat berkongsi idea-idea tentang topik hebat untuk dipaparkan kepada umum supaya dapat disuarakan wadah indah bersangkut paut dengan minda, emosi dan moral seorang manusia. Semoga dapat memberi faedah demi masa depan yang terjamin, demi agama dan negara.
Tentang Penulis. Penulis yang lebih dikenali dengan nama samaran MEGAT telah lama berkecimpung dalam bidang penulisan blog, cuma sejak akhir-akhir ini lebih aktif dan rancak.
Diberi nama yang punyai maksud tersendiri iaitu Faisal Amirul Bin Haji Othman berumur 30 tahun yang dilahirkan pada 10 Februari 1977. Penulis dilahirkan di Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor dan ketika itu ibubapa penulis bertugas di Felda Bukit Ramun (Johor). Penulis juga telah merantau banyak tempat mengikut lokasi bertugas orang tuanya bertugas seperti di Kelantan, Sabah dan akhir sekali menetap di Kota Tinggi, Johor.
Bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi sejak 6 tahun yang lalu. Bermula dengan jawatan sebagai Pengaturcara Aplikasi di beberapa syarikat software house dan seterusnya terus mengorak langkah ke arah bidang teknikal. Dan kini memegang jawatan sebagai IT Senior Engineer.