Celcom Broadband! Masih Tidak Puas Hati!
Sebelum ini aku telah nyatakan ketidakpuasan hati aku dengan perkhidmatan tersebut. Entri sebelum ini yang diberi tajuk “Masalah Selepas Menaiktaraf Wordpress 2.7!“. Entri tersebut mendapat tindakbalas hangat dari penggunanya dan rakan-rakan blog yang lain. Aku juga menerima tindakbalas hangat tersebut melalui mikro blog, twitter.
Ini boleh diberi maksud bahawa masalah seperti berlaku hampir kepada setiap penggunanya. Maklumbalas yang diberikan menunjukkan perkhidmatan yang tidak memuaskan dan lebih memberi masalah kepada penggunanya. Kau rasa bagaimana mereka menjalankan tanggungjawab mereka?
Antara masalah yang kerap berlaku dan berlaku hampir kepada setiap pengadu ialah,
- talian yang sering terputus (disconnected).
- sering di senarai hitamkan IP pengguna oleh perkhidmatan tertentu seperti syarikat hosting, nuffnang dan lain-lain.
- talian yang tidak stabil walaupun menerima isyarat (receiver signal) penuh (full bar).
Masalah tersebut adalah masalah yang aku terima tindakbalas dari orang ramai dan ini masalah yang berlaku ke atas aku sendiri,
- sering gagal memuatnaikkan imej atau foto ke blog.
- sering gagal kemaskini blog.
- sering gagal untuk memuat turun dan memuat naikkan fail, walaupun fail tersebut berskala kecil.
Apalagi yang mahu dikatakan!? Aku mengharapkan perkhidmatan yang stabil untuk melakukan beberapa perkara penting memandangkan kerja-kerja aku semuanya menggunakan internet sebagai aset!
Disini aku juga senaraikan artikel-artikel yang aku terbitkan merujuk kepada masalah tersebut,
- Masalah Selepas Menaiktaraf Wordpress 2.7!
- Celcom Broadband, Tak Boleh Akses Blog!
- Celcom Broadband, Semakin Lama Semakin Teruk!
Antara masalah yang timbul oleh rakan-rakan blog dari perkhidmatan tersebut,
- Aku Bukan Sengaja Tak Mahu Reply Komen Di Blog Ini.
- Blog Ini Capai Tahap Bengong Dengan Celcom Broadband.
- Apabila Celcom Broadband Bermasalah.
Dan banyak lagi masalah yang timbul kepada pengguna-pengguna lain. Sehingga kini tiada sesiapa dapat memberi jawapan kenapa masalah tersebut timbul kepada penyedia khidmat jalur lebar tanpa wayar tersebut. Bukankah setiap syarikat penyedia apatah lagi syarikat korporat akan sebolehnya menyediakan perkhidmatan terbaik? Atau berselindung disebalik slogan “penyedia perkhidmatan jalur lebar pertama negara”!?
Aku terkilan apatah lagi tidak pasti apa yang telah berlaku memandangkan persoalan yang diajukan sering kali dijawap dengan jawapan yang sama seperti satu protokol tetap. Mungkin kau juga sedia maklum akan perihal tersebut. Atau sememangnya kita perlu beralih kepada penyedia jalur lebar utama negara, streamyx! Seperti yang dicadangkan oleh saudara Rohaizad (hehe).
Apatah lagi aku sedang giat menjana pendapatan melalui perkhidmatan internet dan yang nyatanya ia adalah punca pendapatan aku buat masa ini.
Jika kau juga punyai masalah yang sama atau masalah yang lain yang berkaitan dengan artikel ini, sila berikan maklumbalas kau supaya dapat aku kumpulkan sebagai bukti atau rujukan!