Buat Duit Melalui Blog, Sejauh Mana Kebenarannya!?
Kebenarannya sudah lama dibuktikan oleh penulis-penulis sebelum ini. Ada yang sudi berkongsi mengenainya, ada yang hanya mendiamkan diri untuk kepentingan diri sendiri dan ada yang dapat memanipulasikan membuat laporan mengenainya dan mampu meraih pendapatan melalui penjualan ebooks.
Ikut kemampuan dan kepentingan kepada diri masing-masing. Yang sudi berkongsi walaupun hanya memberi laluan untuk membuka mata kebanyakan penulis yang masih sesat, terima kasih diucapkan. Kerana ilmu yang dikongsi akan memberi seribu pahala kepada kau yang secara tak langsung didoakan oleh penerima ilmu berkenaan.
Aku sendiri baru mencuba dunia sebenar penulisan blog yang bercirikan kerjaya dimana kau boleh mendapat pendapatan melaluinya. Masih baru dan banyak yang harus aku belajar dan memcuba teknik-teknik tertentu. Buat masa ini beri aku ruang untuk menilai sejauh mana kebenarannya. Terus terang aku katakan, tidak rugi untuk mencubanya!
Perjalanan sejauh ini aku dapati ia tidaklah susah disangka jika ianya dilakukan dengan penuh minat dan semangat yang berkobar-kobar. “Alah bisa tegal biasa”, selalunya apabila ditegur oleh orang-orang yang lebih berpengalaman dan orang-orang yang lebih tua. Bagi aku, ia tidaklah sesusah kau membanting tulang mengerah keringat di setiap lapangan yang diceburi. Contohnya ketika aku bekerja sebagai jurutera IT suatu masa dulu. Berhempas pulas bekerja siang ke malam menggunakan tualng empat kerat dan juga memerah otak untuk menyelesaikan tugas. Gaji camtu juga, apatah lagi tidak dibayar kerja lebih masa!
Kini, menggunakan teknologi yang memang sedia ada digunakan seperti komputer atau laptop dan internet. Semuanya menjadi mudah! Berdoa jerlah. Insya allah rezeki masing-masing telah ditetapkan, tinggal berusaha dan bersyukur. Kau juga mampu, dengan syarat iaitu ikut saja syarat-syarat yang ditetapkan dan terus berusaha. Dimana-mana rezeki tidak datang bergolek!
Ia mungkin agak sukar jika kau dah terbiasa dengan pendapatan tetap kau yang sudah ribu riban seperti aku sebelum sakit. Tapi apabila kau telah menjalani kehidupan sukar yang amat sangat, kau akan sedar akan realiti sebuah kehidupan!
Kesimpulannya, bukan kebenaran tentang buat duit melalui blog berlaku apabila kau lihat kemampuan orang lain tetapi kau perlu lihat sejauh mana kau sendiri yang mampu mencapainya. Pada aku, jika betul teknik dan jalan ceritanya maka kebenarannya akan terbukti.
Aku rasa aku juga punyai pengalaman sendiri mengenai kebolehan buat duit melalui blog! Jika ada sudilah kiranya berkongsi pengalaman dan kisah. Bolehkan?
PS ——————————————————————————————————————————
- Dengar cerita Celcom Broadband menaiktaraf perkhidmatan. Betul ke!? Lagi memilukan apabila prosesnya dibuat secara berperingkat dan selesai pada penghujung tahun. Huhu.
- Aku mohon maaf! Ada diberitahu ada masalah teknikal ke atas pautan ke RSS aku. Jika benar sila laporkan kepada aku!